IMPIAN MENJADI KENYATAAN ( Mengarak Tun Dr. Mahathir di PWTC, Kuala Lumpur)

Siapa sangka yang suatu masa dulu kami berlatih kompang hanya untuk hobi, minat dan mengisi masa lapang. Dari sekumpulan remaja yang kurang disiplin, kami maju sebagai sebuah keluarga yang berwawasan. Cerita duka dan lara dikongsi bersama. Pahit manis selama hampir 3 tahun kami telan selamba jer.

 

Hari ini, 18 Feb. 2013, kami telah terpanggil untuk merealisasikan satu impian yang selama ini bagaikan mustahil. Mengarak seorang LAGENDA NEGARA. Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad di PWTC, Kuala Lumpur. Sejarah telah terukir bersama kumpulan kami. BANGGA…???  Memanglah kami bangga kerana inilah matlamat kami dan impian kami.

 

Bersama 37 orang anggota, Ayah Man sewakan sebuah bas untuk berangkat ke Kuala Lumpur. Seawal jam 6.00 pagi, seorang demi seorang muncul di perkarangan rumah AyahMan. Dengan pakaian ala-ala pendekar dahulu kala, 5 orang anggota kami segak bergaya. Leader kami, Abg. Zack dengan muka penuh ceria walaupun tak berapa hensem tetapi penuh semangat.

 

Ambong, yang sedari pagi tadi sibuk menjemput bebudak dari Flat Senawang dan Tmn. Alamanda dengan kereta maknya sampai hampir-hampir terlupa nak mandi.

Ayah Man …??? Macam biasa, sempat lagi tidur. Ialah….. dari petang semalam sibuk. Pergi sana, pergi sini beli itu, beli ini. Lepas tu… malam, buat bunga manggar plak sampai ke pagi.

Letih orang tua tu.

 

Bas sampai lebih kurang jam 6.45pagi. Ibu Ina sempat lagi sediakan sarapan untuk bebudak kompang. Ala..mi hoon goreng jer ngan air Milo.” Biar bertenaga sikit bebudak ni “     katanya. Tapi yang tak bestnya Abg. Fizol ngan Pak Man tetap lambat macam selalu. Ialah…rumah dia orang ni jauh, nuuuunnn… kat Panchor sana. Tu pasallah lambat. Walau macam manapun, kami sempat sampai macam yang dijanjikan.

 

Setiba di sana jam 9.15 pagi, kami disambut oleh Cik Hidayah, Pengurus Majlis di PWTC. Boleh tahan juge le orangnya, peramah dan relek jer. Dia la yang bawa kami ke lokasi yang sepatutnya. Aras 4 bangunan PWTC tempat ketibaan mantan Perdana Menteri kite, Tun Dr. Mahathir. Bebudak kompang dibawa berbaris kat pintu masuk Yang lelaki sebelah kiri bangunan dan pempuannya pule di sebelah kanan bangunan.

 

Ayah man dan Ibu Ina sibuk ngan bunga manggarnya yang tak siap lagi tu. Ada 3 lagi yang perlu disiapkan. Semuanya 10 set. Ialah… kalau siapkan awal, nanti tak muat nak masukkan dalam bas. Bila dah siap, dengan 5 orang budak lelaki dan 5 orang budak pempuan berbaris dalam dewan, Tepi karpet merah. Bahagian depan sekali, Imal ngan Aiman dengan set baju melayu hitamnya siap bersamping lagi. Bergaye sungguh.

 

Tepat jam 9.55 pagi, yang ditunggu pun tiba. Tun Dr. mahathir Muhammad dengan isterinya disambut oleh Datuk Sri Isa Samad dan isteri serta beberapa orang lagi Menteri. Apa lagi… bergemalah Dewan PWTC dengan pukulan Kompang Sri Anggerik. Memang kami bangga masa tu. Dengan penuh semangat kami arak Lagenda Negara hingga ke pintu dewan. Selesailah sudah tugas kami.

Setelah urusan antara Ayah man dengan Cik Hidayah selesai, kami pun minta diri untuk beredar. Balik ke Senawang. Masa tu jam lebih kurang pukul 11.00pagi. Tapi sebelum balik tu, sempat juge le kami bergambar ramai-ramai dalam dewan. Untuk disimpan sebagai kenangan.

 

Dalam perjalanan balik, kami singgah di R&R Sungai Besi. Isi perut dulu sebab di Dewan PWTC tadi takde makanan disediakan. “ kalau nak makan, kena tunggu hingga majlis selesai” kata Cik Hidayah, Pengurus Majlis Dewan PWTC tu tadi. Masih terngiang-ngiang di telinga kami. Biasanya kalau majlis orang kahwin yang macam selalu kami pergi tu… lepas aje main, Tuan Rumah akan jemput kami semua menjamu selera. Tapi kali ni, lain pulak ceritanya. Tak apelah. Pengalaman pertama kami. Lain kali kami janji, kalau ada jemputan macam ni lagi, kami akan bawak periuk nasi karen ngan ikan sardine dalam tin untuk stand by. Sedikan payung sebelum hujan lah katakan  Okey tak ???

 

Sampai di Senawang lebih kurang jam 1.15 tgh hari. Semua orang dah keletihan.

Bak kata Abg. Zack, “dah pasai ngan pudoi “. Lepas simpan kompang ngan bunga manggar, kami semua pun pulang ke rumah masing-masing. Ayah Man… ??? Apa lagi, masuk rumah… masuk bilik… On kipas… landing baik-baik… PUUDOOOIII.

 

 

 

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  ********* ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

MENDAPAT PUKULAN BARU

Pada hari sabtu, macam biasa lah kiteorang traning kompang .Pada malam tersebut ,last Abg Alif menggajar kite orang main kompang . . . sebab Abg Alif akan bekerja di SHAH ALAM ,bersama Abg Ehsan . . . .sebelum Abg Alif dan Abg Ehsan gi SHAH ALAM . . . .kiteorang kena belajar pukulan baru iaitu Pukulan Rentak Irama . . . .best tau. . . .Abg Alif kata itu pukulan naik semangat

 

 

Mase belajar pukulan tu , Ain ngan Dekda tak dapat walaupun Abg Alif dah tunjuk beberapa kali pon dyeorg tak dpat . . . .pelik2 dieorang nie . . . .  ade smangat ke tak nie nk men kompang. . last2 dpt jgak la. .

Tu pon tak brape sgt laa. . . hahaha. . biase la tu. . men2 kompang bkn nk men kompang. . . igt at pakwe die je laa. . .hahaha. .  abg zack la tuu. . .hhuuhuhu. . . . cite plak pasal pukulan tu. . mmg best giler. . mmg naek kan smangat kiteorg… pukulan nie kami nk buat yg tbaek tok abg kite. .

 

 

Selepas abes traning mcm biase la kiteowg pon duduk la nk dngar cerita…abg alip bgi tau yg dye akan berpindah ke SHAH ALAM..(bukan pindah teros..) cume untuk bekerja disana..ape lagi..kiteorg pon sedih la…abg alip nk tinggal kan kiteorg..tp takpe kiteorg akan teros berusaha demi menjage name kelab Kompang Sri Anggerik dan untuk abg alip… kesian pulak kt Abg Alip. . die tpakse tinggal kan kiteorg sbb kn kerje die. . . klo tak die tak nak pegi. . tp takpe. . Abg Alip msti kne kerje. . hahaha. . Abg Alip gn Abg Ehsan akn pulang gak. . die blek sni sminggu sekali atau due kali. . .

 

Sebelum balik,  Abg Alip dah pesan ngan semua bebudak kompang supaya blajar pukulan

Baru ni sampai dapat. Bulan depan bila die balik, die nak tengok..abg zack diberi tanggungjawab yang berat..abg alip suruh abg zack jge budak-budak dngan baek..ajar mne yg tak dapat pukul lagi..pening kepale abg zack..mcm mne nk jge budak-budak ni…dah la ramai…tp xpe abg fizol ade menolong abg zack..abg ambong pon dah ad skang…boleh la dye Bantu abg zack..kalau tidak…pecah kepale abg zack nk pikir kan budak-budak ni..

 

 

Sebenarnye cerita nie memang tak best pon. Boring. Ape yang kite orang nak sampaikan ialah kite orang rasa sangat sedih bila Abg. Alif nak pindah Shah Alam. Tu jer… . O.k. laa…chow ish…ish…ish… ( sambil nangis ).

 

BERKELAH DI PORT DICKSON ( JANJI DITEPATI )

Seperti yang telah dijanjikan di awal tahun, Ayah Man mesti tunaikan. Apo yang dijanjikan ? Haaah !…  apo lai, … gi Port Dickson la.

Bersama ngan group Pak Su Roy & Kompang Alamanda, Ayah man berbincang apa program  dan aktiviti yang nak buat? Apa barang yang nak bawa? Berapa ramai? Semua tu Ayah Man, Abang Zarul, Ibu Ina, Abang Fizol dan yang lain dok pikirkan. Lantaklah dia orang. Yang pasti , kita mosti pogi P.D. Tarikh yang dipilih ialah pada 31/ 12/ 12. End of the Year !

Pagi tu… pukul 7.30am semua kawan –kawan dah bekumpul depan rumah Ayah Man. Tapi mana Ayah man nya. Laaa… tido lai! Cakap kul 8.00 nak gerak, ni… masih berselimut lagi. Apalah perangai Ayah ni. Kalau bebudak lambat, tau lak die marah Ni sekarang ..apa crita?  Cer cita… cer cita.

Bangun tido, Ayam Man basuh muka, pakai sluar baju terus naik bas. Apa lagi kena gelak satu bas ngan bebudak. Die cakap mandi kat P.D aje. Jimatkan air. Lagipun air laut kat P.D. tu mandi banyak manapun takkan habis.Abang Fizol, Ibu Ina dan Pak Su Roy diam aje. Tak leh cakap ape pon tengok perangai Ayah man. Lantak pi dengan dia laaaa.

Dalam bas, kami semua tak cakap banyak. Mungkin ada yang masih mengantuk lagi atau pon belum ‘ breakfast ‘ lagi. Lapar la tu. Alaaa…. Peduli la ngan diorang. Bukannya jauh sangat . alaaaa, P.D. jer kut.

Sampai P.D. lebih kurang pukul 9.30 pagi. Apa lagi … macam ayam keluar reban. Kalau tak pon macam seumur hidup tak pernah jumpa laut. Mengeribut !!! lari ke pantai. Apa lagi buntang mata Ayah Man tengok perangai bebudak kompang yang macam tak pernah rasa air laut ni. “ Woi ! sabar la dulu. Ni , kalau semuo nak terjun laut … sape nak angkat barang-barang ni “ jerit AyahMan. Apa lagi terus kaku bebudak ni. Ialah… tak pernah dengar Ayah man menjerit ala ala Tarzan. Hah ! ambik kau. Kan Ayah Man dah marah.

Siap jer pasang khemah, Cik Roy and Abg. Fizol suruh kami semua beratur. Buat 4 kumpulan. Campur budak lelaki dan budak pempuan. Buat kiraan. Ingatkan ape laaa yang nak dibuat oleh 2 orang ni. Rupa- rupanya buat senaman beramai- ramai. Laaa… supaya kaki tak krem bila mandi laut nanti katanya.

Lepas mandi, lapar la pulak. Apa lagi nasi lemak Ibu Ina dan Bee Hun Cik Roy jadi mangsa. 2, 3 kali bebudak ni tambah. Ayah Man jeling jer. Tapi bebudak ni manalah paham jelingan manja Ayah Man tu. Mana taknya… tak de seorang pon yang offer ngan Ayah Man ajak makan. Ayam goreng dah tinggal 2,3 ketul aje lagi, tapi bebudak ni tak ade tanda- tanda nak berhenti. Lagilah berapi jelingan  Ayah Man tu sampai nak naik juling mata die. Tapi bebudak ni buat tak tau jer. Terbalik bijik mata Ayah Man pon, kalau die orang nak tambah … tetap die orang tambah. Terus Ayah Man capai towel…angkat kaki …masuk laut. Lagi bagus. ( merajuk la.. tu )

Dah makan, kami semua beratur sekali lagi. Nak buat pertandingan Bola Tampar katenye. Tengah panas pulak tu. Makin berkilat lah lagi kulit kite orang. Tapi, memang enjoy. Final, kumpulan Ambong jumpa ngan kumpulan Dino. Sampai 3 orang kena kad merah. Tak pernah dalam sejarah dunia, game bola tampar… pemain dapat kad merah. Dah tu sampai 3 orang lak tu. Ape la… Ayah Man ni. Die ni… tau ke…? tak tau …? Undang –undang sukan.  Bila kite orang  tegur, ngan selambe die cakap “ keputusan Pengadil MUKTAMAD , tiada kompromi”. Cik Roy ngan Abg. Fizol jeling sesame sendiri. Lepas tu, geleng – geleng kepala. Lantak pi la…

At last, keputusannye, kumpulan Ambong yang menang. Semua bebudak  bersungut .Ayah Man buat tak tau jer. Balas dendam la… tu pasal tak dapat makan nasi lemak ngan ayam goreng.

Macam tak sedar diri jer… tup… tup… dah pukul 4.00 ptg. Masa nak balik. Semua bebudak gi mandi air paip kat bilik air berbayar. Mak OOooiii….!!!   mahalnye. Sampai RM 4 sorang.  ni.. melampau ni!!! Tak boleh jadi. Apa lagi Abg. Fizol dengan lagak taikonye pergi ke tempat mandi , jumpa ngan orang yang jaga tempat tu. Laa…orang lelaki India tengah mabuk rupanye. Tanye apasal mahal sangat. Lansung tak logik katenye. Budak kecik pon sampai RM 4.

“ kalau lu bikin ini macam, nanti saye report polis tau”. Lepas cakap macam tu, barulah lelaki India tu bagi mandi free. Ialah… Dari tadi kalau nak kumpulkan dah dekat RM 30 die dapat. Kaya tuuuu…

Masa naik bas,semua  bebudak ngan mak bapak budak,  beratur. Tau lak dia orang ni beratur. Heran jugak.  Ooohhhhh… Ayah Man ade rupanye. Berdiri kat sebelah driver bas. Dengan mukanye yang dah laa tak berape hensem, ditambah lagi ngan sikit-sikit berkilat tu, die tak cakap ape pon. Pandang jer bebudak ni. Yang kami ni pon, macam paham jer. Naik terus duduk tempat masing – masing. Hilang mood enjoy kejap tengok muka Ayah Man. Takut die jerit macam Tarzan lagi. Cik Roy, Ibu Ina ngan Abg Fizol buat tak tau jer. Malas nak layan perangai orang tua sorang ni. Tengok aje laa.

Bila tengok kite orang macam tu, tiba- tiba… Ayah man ketawa “ Haa..haa…haa… tau takut” katanye. Padan ngan muka kite orang. Rupanya , saje Ayah Man buat macam tu.

Lepas pastikan tak ade sape yang tinggal, bas pon gerak balik. ‘on the way.… on the higway’ nak balik, kite orang singgah minum petang dulu dekat Batu 4 . pekena teh panas ngan goreng pisang.  Peergghhhh..…( tak leh nak cakap ape ).

Apa lagi, perut dah kenyang. Naik je bas, otomatik mata jadi kuyu. Tambah lagi dengan air-cond bas. Sekali lagi, peeergghhh…….zzzzz ( dah lelap ).Sedar-sadar jer, dah sampai depan rumah Ayah man. Tapi…..  Ayah Man nye … laaa..tak sedar – sedar lagi. Tibalah pula giliran Ibu Ina pulak yang jadi Tarzan.

“… AAABAAANGGG … BAANGUUUNNNnnnnn….. “

Semua bebudak kompang, Abg. Fizol, Cik Roy  ngan driver bas sekali pakat gelak  ramai-ramai.

Gambar: Kompang Majlis Perkahwinan Anak Mami Pulau Pinang

Gambar: Kompang Majlis Perkahwinan Anak Mami Pulau Pinang

This slideshow requires JavaScript.

Gambar : Majlis Kahwin Di Taman Marida Senawang Negeri Sembilan

Gambar : Majlis Kahwin Di Taman Marida

This slideshow requires JavaScript.

Gambar Majlis Makan Malam Bersama Kumpulan Kompang Sri Anggerik Dan Kumpulan Kompang Alamanda

Gambar Majlis Makan Malam Bersama Kumpulan Kompang Sri Anggerik Dan Kumpulan Kompang Alamanda

This slideshow requires JavaScript.

Gambar Semasa Majlis Kahwin Di Taman Warisan Puteri Seremban

Gambar Semasa Majlis Kahwin Di Taman Warisan Puteri Seremban

 

This slideshow requires JavaScript.